Wednesday, March 14, 2007

kelahiran bayi

Kelahiran adalah merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan dan juga merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan manusia. Proses kelahiran bermula apabila rahimberkontraksi selama 15 hingga 20 minit dan serviks meregang serta mula terbuka sekitar 14 hingga 24 jam, iaitu kira-kira 266 hari selepas proses persenyawaan berlaku. Seseorang wanita yang mengandung biasanya akan menerima konstraksi 'palsu' selama beberapa kali menjelang bulan-bulan terakhir kehamilannya. Konstraksi yang sebenar hanya berlaku apabila konstraksi terjadi berulang-ulang kali dalam tempoh masa yang sama. Perubahan-perubahan rahim dan serviks biasanya bermula kira-kira 2 minggu sebelum kelahiran. Pada masa kehamilan, hormon Progesteron berfungsi untuk memastikan otot-otot rahim berada dalam keadaan rehat dan otot-otot serviks adalah rapat. Menjelang waktu kelahiran, paras hormon estrogen pula mula meningkat, dan ianya berperanan untuk mengecutkan rahim dan menjadikan serviks lebih fleksibel. Masa kelahiran dikatakan ditentukan oleh kadar penghasilan protein oleh plasenta yang dikenali sebagai Corticotropin-Releasing Hormone (CRH). Kadar penghasilan CRH seawal usia 5 bulan kandungan boleh menentukan sama ada seseorang bayi itu dilahirkan awal, tepat pada masanya atau lewat.
Pada umumnya, terdapat 3 kaedah utama kelahiran, iaitu kelahiran secara semulajadi, kaedah Cesarean dan juga kaedah 'prepared birth'. Kaedah kelahiran semulajadi adalah terbahagi kepada 3 tahap. Tahap pertama mengambil masa 12 jam atau lebih, di mana rahim akan berkontruksi secara tetap dan kemudiannya menjadi semakin kerap, yang menyebabkan serviks mula terbuka. Peringkat kedua pula bermula apabila kepala fetus mula bergerak melalui serviks menuju ke arah saluran kelahiran yang mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam, dan ianya berakhir apabila fetus dapat dikeluarkan sepenuhnya dari badan si ibu. Sekiranya berlaku sebarang komplikasi dalam proses kelahiran, biasanya doktor akan menarik kepala bayi dengan menggunakan forsep atau sejenis vakum khas untuk menarik kepala bayi keluar. Pada akhir peringkat ini, fetus tersebut telahpun dilahirkan, namun tali pusatnya masih melekat pada plasenta dalam rahim. Dalam peringkat terakhir kaedah kelahiran semulajadi, plasenta dan tali pusat yang masih tertinggal di dalam rahim si ibu akan dikeluarkan sepenuhnya, dan ianya mengambil masa selama kira-kira 5 hingga 30 minit.
Kaedah kelahiran Cesarean pula merupakan prosedur kelahiran melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi dari rahim dengan membedah abdomen si ibu. Proses pembedahan biasanya akan dilakukan sama ada apabila sesuatu kelahiran itu menghadapi komplikasi dan memakan masa yang terlalu lama, apabila fetus berada dalam keadaan songsang, ataupun apabila si ibu mengalami pendarahan yang terlalu banyak ketika melalui proses kelahiran semulajadi.
Bagi kaedah 'prepared birth' pula, prosesnya adalah lebih kurang sama dengan kaedah semulajadi, namun pendidikan tentang kelahiran dan teknik relaksasi diterapkan kepada ibu-ibu mengandung sejak peringkat awal proses kehamilan lagi. Ini dilakukan bagi membantu mengurangkan kesakitan ketika proses kelahiran dengan mengajar tentang teknik pernafasan yang betul untuk mengawal peneranan. Pendidikan psikologi juga diberikan bagi membantu mengurangkan ketakutan dan tekanan ibu-ibu yang mengandung serta pasangan mereka menjelang tibanya waktu kelahiran.
Bagi mengurangkan kesakitan semasa bersalin, pakar-pakar perubatan biasanya mengesyorkan ubat penahan sakit yang lazimnyz digunakan semasa proses kelahiran seperti Analgesia, Anestesia dan Oxytocics. Walau bagaimanapun, pakar-pakar perubatan lebih menggalakkan agar ibu-ibu mengandung menggunakan dos ubat penahan sakit yang sedikit berbanding secara maksimum. Ini kerana berdarkan 10 kajian terhadap 2,369 responden yang telah dijalankan di Eropah, Amerka Syarikat dan Kanada, didapati wanita-wanita yang mengambil dos ubat penahan sakit yang sedikit akan mengalami proses pemulihan yang lebih efektif, dan bayi-bayi mereka pula lebih cenderung untuk dilahirkan dalam keadaan yang lebih baik berbanding dengan keadaan wanita-wanita yang mengambil dos ubat penahan sakit secara berlebihan

kelahiran bayi

Kelahiran adalah merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan dan juga merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan manusia. Proses kelahiran bermula apabila rahimberkontraksi selama 15 hingga 20 minit dan serviks meregang serta mula terbuka sekitar 14 hingga 24 jam, iaitu kira-kira 266 hari selepas proses persenyawaan berlaku. Seseorang wanita yang mengandung biasanya akan menerima konstraksi 'palsu' selama beberapa kali menjelang bulan-bulan terakhir kehamilannya. Konstraksi yang sebenar hanya berlaku apabila konstraksi terjadi berulang-ulang kali dalam tempoh masa yang sama. Perubahan-perubahan rahim dan serviks biasanya bermula kira-kira 2 minggu sebelum kelahiran. Pada masa kehamilan, hormon Progesteron berfungsi untuk memastikan otot-otot rahim berada dalam keadaan rehat dan otot-otot serviks adalah rapat. Menjelang waktu kelahiran, paras hormon estrogen pula mula meningkat, dan ianya berperanan untuk mengecutkan rahim dan menjadikan serviks lebih fleksibel.
Masa kelahiran dikatakan ditentukan oleh kadar penghasilan protein oleh plasenta yang dikenali sebagai Corticotropin-Releasing Hormone
Pada umumnya, terdapat 3 kaedah utama kelahiran, iaitu kelahiran secara semulajadi, kaedah Cesarean dan juga kaedah 'prepared birth'. Kaedah

Tuesday, March 6, 2007

Peralatan dan cara semasa bersalin

Episiotomi
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.

Peralatan yang digunakan semasa bersalin

Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .

Persediaan pelahiran

Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.
Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.

Pembedahan Caesaerean

Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil.
Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.

Bayi Songsang

Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.

Selepas Bersalin

Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.
Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.

Bilik Pemulihan

Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.

PERINGKAT KELAHIRAN


Peringkat pelahiran
Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya


Peringkat Pertama:

Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.
Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:
1. Pelahiran Awal: Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil. Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dan kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran. Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.
2. Kelahiran Aktif: Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda. Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.
Peringkat Kedua Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj. Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang 5 berlanjutan selama 1 minit. Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran. Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan. Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan.

Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.

• Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda. Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.

• Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir
Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.

• Pancutan atau lelehan dari rahim
Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.
Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Di Hospital
Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.

Orang yang memberikan sokongan
Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.

Peringatan kepada bapa
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda.
Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.


Pelahiran dan Kelahiran

Apakah yang dimaksudkan kelahiran?

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Kelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.

Kelahiran Palsu

Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:
• Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.
• Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalan-jalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.
• Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.
Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.

Susu dan Olahannya Memicu Kelahiran Bayi Kembar

Ingin punya anak kembar? Banyak-banyaklah minum susu. Hasil penelitian terbaru menunjukkan bahwa wanita yang banyak mengonsumsi susu dan produk olahannya memiliki peluang melahirkan bayi kembar lebih tinggi.

Berdasarkan laporan yang dimuat dalam Journal of Reproductive Medicine, wanita yang rajin minum susu memiliki kecenderungan memiliki bayi kembar lima kali lipat dibandingkan yang tidak mengonsumsinya. Begitulah setidaknya hasil perbandingan tingkat kelahiran kembar pada wanita yang mengonsumsi susu dan vegetarian yang tidak mengonsumsi produk hewani apapun.

Sebelumnya, para ilmuwan memperkirakan bahwa terapi kesuburan dan menunda kelahiran merupakan salah satu penyebabnya. Namun, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahwa jenis makanan juga berperan.

Jenis protein tertentu yang ditemukan dalam hati binatang mungkin penyebab naiknya kecenderungan tersebut. Protein yang disebut faktor pertumbuhan serupa insulin (IGF) itu ditemukan dalam susu sapi dan hewan lainnya.

Pada tubuh wanita, IGF menyebabkan indung telur lebih sensitif dan meningkatkan jumlah telur yang diproduksinya. Kadar IGF yang tinggi meningkatkan kesempatan bertahan hidup embrio pada masa pertumbuhan awal sesudah terjadi pembuahan.

Penelitian ini didasari naiknya angka kelahiran bayi kembar di seluruh dunia. Dalam 30 tahun terakhir, kelahiran bayi kembar naik hingga 50 persen di beberapa negara. Kecenderungan yang tinggi terjadi di negara-negara yang mengizinkan penggunaan hormon pertumbuhan pada hewan ternak, misalnya AS.

Namun, naiknya tingkat kelahiran bayi kembar membuat risau para peneliti. Sebab, mengandung bayi kembar atau lebih lebih berisiko karena mudah terjadi komplikasi.

Masih ingin melahirkan bayi kembar? Pikir-pikir dulu sebab para peneliti justru menyarankan wanita yang merencanakan kehamilan agar mengonsumsi alternatif makanan bergizi selain daging dan susu.

PENYUSUAN SUSU IBU

Mengapa Bayi Anda Harus Diberi Susu Ibu?

Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi. Malah susu ibu juga merupakan imunisasi yang pertama untuk seseorang bayi, mudah dicerna dan sentiasa boleh diperolehi dengan suhu yang sesuai pada bila-bila masa.

Penyusuan ibu pada bulan-bulan awal selepas kelahiran boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan seseorang bayi.

Dengan menyusui bayi, ibu juga akan mendapat beberapa kebaikan. Penyusuan ibu dapat menjalinkan perhubungan rapat antara ibu dan anak. Ia juga membantu mengecutkan rahim ibu kepada saiz asal yang lebih cepat. Ramai ibu juga kembali kepada berat dan bentuk asal dengan lebih mudah. Anda juga boleh menghindari penyakit barah buah dada dan barah ovari. Penyusuan dengan susu ibu dapat menjimatkan masa dan belanja.

Bolehkan Semua Wanita Menyusui Bayi?

Hampir semua wanita boleh menyusui bayi. Ukuran buah dada tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan.

Kekerapan bayi menghisap akan merangsang lagi penghasilan susu ibu yang banyak. Masalah puting buah dada yang leper atau tenggelam boleh diatasi semasa hamil dengan mendapatkan nasihat doktor atau jururawat.

Untuk menampung buah dada semasa hamil, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar daripada biasa adalah diperlukan.

Pada bulan-bulan akhir kehamilan, elakkan daripada mencuci buah dada dengan menggunakan sabun atau bahan-bahan lain yang boleh mengeringkannya. Gunakan air biasa sahaja.

Pastikan buah dada diperiksa oleh doktor pada awal kehamilan untuk memastikan puting buah dada tidak tenggelam dan tidak mengalami masalah-masalah lain.

Pada bulan-bulan akhir anda harus belajar teknik dan cara memerah susu. Ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi anda.

Selepas Melahirkan Bayi

Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah sesuatu yaang membanggakan seseorang ibu.

Bayi yang baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat. Jadi, susuilah bayi sebaik sahaja dilahirkan dan pada bila-bila masa bayi kelihatan lapar. Jika bayi tidur lebih 3 jam, kejutkan dia dan galakkan ia menyusu.

Pada masa-masa awal selepas kelahiran, bayi hanya perlu menghisap susu ibu untuk tempoh beberapa minit sahaja. Berikan bayi menyusu lebih lama jika ia ingin terus menghisap. Keperluan seseorang ibu dan bayi yang dilahirkan adalah berbeza dengan ibu dan bayi yang lain.

Pada peringkat awal selepas melahirkan bayi, susu ibu tidaklah banyak tetapi pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolostrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol ataupun air.

Penyusuan yang sekejap tetapi kerap akan mengelakkan buah dada daripada menjadi bengkak. Ini akan menambahkan lagi penghasilan susu ibu. Jika buah dada anda terasa kepenuhan atau bengkak, anda harus terus menyusukan bayi dengan lebih kerap lagi. Biasanya rasa kepenuhan ini akan dirasa dalam masa 2 - 3 hari sahaja.

Petua Untuk Ibu-Ibu

Amalan Positif:-

  1. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan ibu semasa hamil.
  2. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  3. Menyusui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  4. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang betul dan selesa supaya tidak terasa lenguh.
  5. Makan makanan yang seimbang dan minum air atau cecair yang mencukupi.
  6. Ingatlah bahawa lebih kerap penyusuan dilakukan semakin banyak susu akan dihasilkan.

Amalan Negatif:-

  1. Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Bayi hanya perlukan kolostrum pada hari-hari awal selepas kelahiran.
  2. Bayi tidak memerlukan sebarang minuman lain seperti susu botol atau air. Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini akan mengelirukan bayi dan seterusnya menggagalkan penyusuan susu ibu.
  3. Dalam masa 6 minggu pertama adalah 'masa latihan' untuk ibu dan bayi. Anda harus tenang dan sabar semasa melakukan penyusuan kerana cara ini dapat menyelesaikan banyak masalah.
  4. Adalah menjadi suatu kebiasaan jika bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga merupakan suatu perkara biasa.

Berapa Lama Bayi Perlu Menyusu?

Penghasilan susu ibu yang secukupnya diperolehi dalam masa 6 minggu. Dengan ini ibu boleh meneruskan pemberian susu selama mana yang diingini. Para doktor mengesyorkan supaya bayi harus diberi susu ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Ramai juga ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Amalan begini sangatlah digalakkan kepada keluarga yang mempunyai banyak alahan.

Oleh kerana banyak susu akan terhasil selepas kelahiran, adalah tidak mustahil bagi ibu-ibu yang bekerja terus menyusui bayi mereka walaupun mereka bekerja sepenuh masa atau secara sambilan.

Pilih Tempat Bersalin

  • Pilih hospital "Baby-Friendly" untuk melahirkan bayi anda.
  • Ini adalah langkah pertama bagi penyusuan susu ibu.
  • Dapatkan nasihat daripada kumpulan sokongan Laktasi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
KEPILUAN HATI SELAMA KEHAMILAN DAN AWAL KEIBUAN

Semasa hamil dan awal keibuan, ada wanita yang melaporkan perasaan:
a) marah
b) tertekan
c) bersalah
d) bingung
e) waswas
f) kesal
g) pilu
h) khuatir

Beberapa wanita mengutarakan:
'Saya amat prihatin dengan semuanya.'
'Saya selalu ingin menangis …'
'Tak biasa memusatkan perhatian. Rasanya tak biasa berbuat apa-apa …'
'Kok berperasaan buruk padahal bayi saya ini cantik?'
'Saya bingung dan tak punya tenaga.'
'Saya cape … pake banget, tapi tak bisa tidur.'
'Minat orang hanya tertuju kepada bayi … bukan ke perasaan saya.'
'Saya tidak ingin ketemu orang.'

Apabila anda sering mengalami perasaan ini, barangkali anda menderita
kepiluan.
Kepiluan mengganggu kehidupan wanita dalam saat penting dan dapat berdampak ke bayinya, kakak-kakaknya dan hubungan suami isteri. Tingkat kepiluan bagi ayah juga menanjak pesat dalam tahun yang sesuai untuk kelahiran bayi.

Tanda dan gejala kepiluan ini antara lain:
• Kehabisan tenaga atau banyak bergerak.
• Tidak bisa tidur walaupun anda mempunyai kesempatan.
• Menangis tak tertahan dan mata terasa berlinang.
• Menyedari bahawa perasaan anda amat cepat berubah.
• Sangat peka terhadap bunyi dan sentuhan.
• Sentiasa berfikiran negatif.
• Tiba-tiba takut atau gugup.
• Tak biasa memusatkan perhatian.
• Lebih sering lupa.
• Rasa bingung dan bersalah.
• Kehilangan nafsu berahi atau kegemaran lainnya.
• Merasa kuatir dan sendiri tetapi tidak ingin bersama orang lain.
• Makan amat sedikit atau amat banyak.
• Merasa tak mampu menguasai.
• Asyik dengan fikiran yang menghantui dan mengerikan.
• Terlintas fikiran menyakiti diri atau bayi anda.
• Kehilangan kepercayaan dan harga diri.
• Tak mampu bersenang-senang.
Kemasygulan yang beruntun seiring dengan beberapa perasaan di atas selama
sedikitnya 2 minggu barangkali menunjukkan kepiluan klinis, dan memerlukan
penilaian dan pegobatan lebih lanjut.

Penyebab Kepiluan

Kepiluan bisa kapan pun terjadi dalam hidup manusia. Hal ini biasanya berkaitan dengan suatu kejadian besar yang perlu diatasi, dan biasa mencakupi:

Perihal Hubungan Keluarga:
• Perceraian.
• Kematian.
• Pindah rumah.
• Pernikahan.
• Anak atau anggota keluarga pindah rumah atau 'keluar rumah'.

Perihal Kesehatan:
• Terluka atau Jatuh Sakit.
• Saudara Dekat Jatuh Sakit.

Perihal Pekerjaan atau Keuangan:
• Berganti pekerjaan.
• Dipecat atau kehilangan pekerjaan.
• Suami mulai atau berhenti bekerja.
• Hutang atau kehilangan rumah.

Ada pula beberapa unsur kemungkinan utama yang dapat membuat wanita lebih
rentan terhadap kepiluan sebelum maupun sesudah kelahiran. Ini termasuk:

• Riwayat kepiluan sanak saudara.
• Pernah kena kepiluan sebelumnya.
• Hubungan buruk dengan suami atau tak bersuami.
• Kurang dukungan yang terasa dari orang yang dekat.
• Masa kanak-kanak yang sulit atau tak bahagia.
• Kerumitan lahir bagi si ibu atau bayinya.
• Kelahiran dini atau lambat, maupun kelahiran kembar.
• Perasaan negatip kepada si bayi atau ikatan dengannya terbatas.
• Kesehatan bayinya bermasalah.
• Bukan bayi yang diharapkan (rupa, kelamin).
• Ibu terpisah dari bayinya.
• 'Bayi sulit' (perangai, kebiasaan tidur, ulah bila disusui).
• Desakan sosial ekonomi.
• Kehamilan tak berencana.
• Pernah mengalami pelecehan seksual atau digagahi.

Penyebab kepiluan yang tepat sebelum dan sesudah kelahiran kurang begitu
diketahui. Masing-masing wanita mempunyai unsur kemungkinan yang berlainan, tapi gabungan di antara pelbagai tekanan hidup dengan unsur badaniah, hormon dan sosial dapat memicu kepiluan. Kepiluan setelah kelahiran bayi jangan dicampuradukkan dengan ‘kesedihan bersalin’. Hingga 80% wanita kena ‘kesedihan’ yang cenderung memuncak pada hari ke-3 s/d ke-5 seusai bersalin dan disebabkan oleh perubahan hormon saat bersalin. Si ibu sering merasa berlinang dan kewalahan beberapa hari. Perlu disedari bahawa kepiluan ini biasa diubati dan anda kembali sembuh jika diberi pengubatan sepatutnya misalnya ubat dan nasihat, dukungan dari saudara dan teman serta memerlukan waktu.

Aneka Pengubatan
Tersedia banyak pilihan bagi wanita yang kepiluan. Sebagai langkah pertama
kami sarankan untuk bilang kepada doktor, bidan, perawat Puskes Anak Keluarga, doktor kandungan atau pejabat kesihatan lainnya bahawa anda merasakan hal itu. Ada kalanya, mengaku dan menyatakan perasaan sudah memberi peluang untuk meyakinkan dan mendukung anda mencari bantuan yang diperlukan.

• Penasihatan pribadi
Penasihat mendengarkan masalah anda tanpa “mengadili” serta memberi
dukungan guna membantu Anda melewatinya.

• Pengubatan psikologis
Ini bertujuan memberi dukungan dan mengajarkan kiat untuk menangani
gejala sambil membahas penyebab di sebalik semua itu yang memperparah
kerentanan anda terhadap masalah.

• Penasihatan suami-isteri
Hubungan suami-isteri berubah selama kehamilan mahupun awal keibuan.
Kesulitan bercakap-cakap pun makin nyata. Penasihatan dapat membantu
suami-isteri bekerjasama dengan baik serta menyesuaikan diri dengan
perubahan yang dialami sebelum dan sesudah kelahiran.

MENYAMBUT KELAHIRAN DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU


Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

Friday, March 2, 2007

Marilah cuba mengkaji adakah anda faham tentang kelahiran bayi???

1. Proses berikut yang manakah menunjukkan susunan tahap kelahiran bayi yang betul?

A. pengecutan, pengangkutan, mengeluarkan plasenta
B. mengeluarkan plasenta, pengecutan, pengangkutan
C. mengeluarkan plasenta, pengangkutan, pengecutan
D. pengecutan, mengeluarkan plasenta, pengangkutan

2. Tempoh kehamilan sampai ke kelahiran bayi yang normal adalah

A. 9 bulan
B. 7 bulan
C. 12 bulan
D. 10 bulan

3. Bagaimanakah menentukan adakah bayi yang baru dilahirkan adalah sihat atau tidak?

ı. kepala bayi yang baru terlahir berbentuk lonjong
ıı. Kulit bayi yang berkerut-kerut
ııı. Kulit yang berwarna kemarah-marahan
ıν. Rambut yang tebal

A. ı., ı ı., ı ı ı
B. ı., ı ı
C. ı ı., ı ı ı., ıν
D. ı., ı ı., ı ı ı., ıν

4. Orang yang membantu dalam proses kelahiran adalah dikenali sebagai

A. second wife
B. midwive
C. midhusband
D. secondhelpers

5. Dalam masyarakat Cina, kelahiran didahului oleh

A. kematian
B. kesusahan
C. keseronokkan
D. kehamilan


6. Kehamilan dalam pengetahuan golongan Cina terdapat berapa faktor yang utama?

A. 2
B. 5
C. 3


7. Bentuk kepala bayi adalah jenis?
A. Lonjong B. Bulat

8. Sila nyatakan tempoh kelahiran seseorang wanita semasa melahirkan anak sulung?
A. 12 B. 13 C.14 D.15

9. Dalam kelahiran semulajadi terdapat 3 pringkat.Pada peringkat bawah yang mana satu
bukan jawapan sebenar?
A. Pengecutan B.Penyaluran C. Pengangkutan D. plasental

10. Terdapat 3 faktor utama yang saling berkaitan dalam proses kelahiran, yang mana
satu bukan faktornya?
A. sel telur mata B. sperma dating C. kesedaran penerus D.prenatal.

11. Ubat analgesia digunakan untuk fungsi apa semasa kehamilan pengandung?
A. meredakan sakit B. menghentikan sakit C. menghentikan darah

12. Jangkaan masa bagi tempoh postpartrum selepas bayi dilahirkan, adalah
A. 8 minggu B. 6 minggu C. 9 minggu

13. Kaedah apa yang diperkenalkan mengurangkan kesakitan ibu dan ketakutan ibu
melalui pendidikan?
A. Kelahiran Norma B.prepared childbirth

14. Jika ibu terus menyusukan bayi, adakah ibu itu akan mendatangkan haid?
A. ya B. tidak

15. Adakah bapa juga akan mendapat postpartum?
A. ya B. tidak

16. Otak bayi terdiri daripada 100 bilion sel saraf atau neuron.Adakan penyata ini benar?
A. ya B. tidak

17. Setujukah anda bahawa penemanan kawan di sisi ibu akan membantu dalam kelahiran anak?
A. ya B. tidak

18.berikut yang manakah terkandung dalam faktor kehamilan bagi golongan cina?

i. Sperma dating
ii.Ovum dating
iii.Sel telur matang
iv.Kesedaran menerus

A.i,ii B.ii,iii,iv C.i,iii,iv D.semua di atas

19. Pada tahap kelahiran ketiga iaitu plasenta, plasenta boleh ditarik keluar daripada badan ibu oleh sesiapa sahaja.

A.betul B. salah

20. Dalam proses kelahiran, ibu secara normalnya akan kehilangan darah sebanyak

A.200ml B.500ml C.300ml D.550ml

21. Pada masa yang lalu, kebanyakkan wanita yang mati kerana jangkitan deman meroyan
selepas melahirkan bayi kerana perubatan yang kurang mahir.

A. betul B.salah

22)Sila jelaskan proses dalam kelahiran bayi?

23)apakah yang anda faham tentang keadaan kerumitan semasa kelahiran?

24)apakah pandangan anda terhadap kelahiran bayi, dalam pandangan anda, siapakah yang memainkan peranan paling penting selepas seseorang wanita melahirkan anak dan kenapa?

JAWAPAN:

1 a

2 d

3 d

4 b

5 d

6 c

7 a

8 b

9 b

10 d

11 a

12 b

13 a

14 b

15 b

16 a

17 b

18 c

19 b

20 b

21 a


22 Proses kelahiran terbahagi kepada tiga tahap iaitu pengecutan uterus, pengangkutan dan plasenta.

23 Masalah-masalah bahawa berlaku semasa kelahiran telah dipanggil kerumitan-kerumitan. Mereka boleh menjejaskan ibu atau bayi. Kadangkala menyebabkan kecederaan atau kematian. Para doktorlah terlatih untuk menangani dengan masalah-masalah ini.