Tuesday, March 6, 2007

Susu dan Olahannya Memicu Kelahiran Bayi Kembar

Ingin punya anak kembar? Banyak-banyaklah minum susu. Hasil penelitian terbaru menunjukkan bahwa wanita yang banyak mengonsumsi susu dan produk olahannya memiliki peluang melahirkan bayi kembar lebih tinggi.

Berdasarkan laporan yang dimuat dalam Journal of Reproductive Medicine, wanita yang rajin minum susu memiliki kecenderungan memiliki bayi kembar lima kali lipat dibandingkan yang tidak mengonsumsinya. Begitulah setidaknya hasil perbandingan tingkat kelahiran kembar pada wanita yang mengonsumsi susu dan vegetarian yang tidak mengonsumsi produk hewani apapun.

Sebelumnya, para ilmuwan memperkirakan bahwa terapi kesuburan dan menunda kelahiran merupakan salah satu penyebabnya. Namun, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahwa jenis makanan juga berperan.

Jenis protein tertentu yang ditemukan dalam hati binatang mungkin penyebab naiknya kecenderungan tersebut. Protein yang disebut faktor pertumbuhan serupa insulin (IGF) itu ditemukan dalam susu sapi dan hewan lainnya.

Pada tubuh wanita, IGF menyebabkan indung telur lebih sensitif dan meningkatkan jumlah telur yang diproduksinya. Kadar IGF yang tinggi meningkatkan kesempatan bertahan hidup embrio pada masa pertumbuhan awal sesudah terjadi pembuahan.

Penelitian ini didasari naiknya angka kelahiran bayi kembar di seluruh dunia. Dalam 30 tahun terakhir, kelahiran bayi kembar naik hingga 50 persen di beberapa negara. Kecenderungan yang tinggi terjadi di negara-negara yang mengizinkan penggunaan hormon pertumbuhan pada hewan ternak, misalnya AS.

Namun, naiknya tingkat kelahiran bayi kembar membuat risau para peneliti. Sebab, mengandung bayi kembar atau lebih lebih berisiko karena mudah terjadi komplikasi.

Masih ingin melahirkan bayi kembar? Pikir-pikir dulu sebab para peneliti justru menyarankan wanita yang merencanakan kehamilan agar mengonsumsi alternatif makanan bergizi selain daging dan susu.

PENYUSUAN SUSU IBU

Mengapa Bayi Anda Harus Diberi Susu Ibu?

Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi. Malah susu ibu juga merupakan imunisasi yang pertama untuk seseorang bayi, mudah dicerna dan sentiasa boleh diperolehi dengan suhu yang sesuai pada bila-bila masa.

Penyusuan ibu pada bulan-bulan awal selepas kelahiran boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan seseorang bayi.

Dengan menyusui bayi, ibu juga akan mendapat beberapa kebaikan. Penyusuan ibu dapat menjalinkan perhubungan rapat antara ibu dan anak. Ia juga membantu mengecutkan rahim ibu kepada saiz asal yang lebih cepat. Ramai ibu juga kembali kepada berat dan bentuk asal dengan lebih mudah. Anda juga boleh menghindari penyakit barah buah dada dan barah ovari. Penyusuan dengan susu ibu dapat menjimatkan masa dan belanja.

Bolehkan Semua Wanita Menyusui Bayi?

Hampir semua wanita boleh menyusui bayi. Ukuran buah dada tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan.

Kekerapan bayi menghisap akan merangsang lagi penghasilan susu ibu yang banyak. Masalah puting buah dada yang leper atau tenggelam boleh diatasi semasa hamil dengan mendapatkan nasihat doktor atau jururawat.

Untuk menampung buah dada semasa hamil, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar daripada biasa adalah diperlukan.

Pada bulan-bulan akhir kehamilan, elakkan daripada mencuci buah dada dengan menggunakan sabun atau bahan-bahan lain yang boleh mengeringkannya. Gunakan air biasa sahaja.

Pastikan buah dada diperiksa oleh doktor pada awal kehamilan untuk memastikan puting buah dada tidak tenggelam dan tidak mengalami masalah-masalah lain.

Pada bulan-bulan akhir anda harus belajar teknik dan cara memerah susu. Ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi anda.

Selepas Melahirkan Bayi

Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah sesuatu yaang membanggakan seseorang ibu.

Bayi yang baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat. Jadi, susuilah bayi sebaik sahaja dilahirkan dan pada bila-bila masa bayi kelihatan lapar. Jika bayi tidur lebih 3 jam, kejutkan dia dan galakkan ia menyusu.

Pada masa-masa awal selepas kelahiran, bayi hanya perlu menghisap susu ibu untuk tempoh beberapa minit sahaja. Berikan bayi menyusu lebih lama jika ia ingin terus menghisap. Keperluan seseorang ibu dan bayi yang dilahirkan adalah berbeza dengan ibu dan bayi yang lain.

Pada peringkat awal selepas melahirkan bayi, susu ibu tidaklah banyak tetapi pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolostrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol ataupun air.

Penyusuan yang sekejap tetapi kerap akan mengelakkan buah dada daripada menjadi bengkak. Ini akan menambahkan lagi penghasilan susu ibu. Jika buah dada anda terasa kepenuhan atau bengkak, anda harus terus menyusukan bayi dengan lebih kerap lagi. Biasanya rasa kepenuhan ini akan dirasa dalam masa 2 - 3 hari sahaja.

Petua Untuk Ibu-Ibu

Amalan Positif:-

  1. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan ibu semasa hamil.
  2. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  3. Menyusui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  4. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang betul dan selesa supaya tidak terasa lenguh.
  5. Makan makanan yang seimbang dan minum air atau cecair yang mencukupi.
  6. Ingatlah bahawa lebih kerap penyusuan dilakukan semakin banyak susu akan dihasilkan.

Amalan Negatif:-

  1. Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Bayi hanya perlukan kolostrum pada hari-hari awal selepas kelahiran.
  2. Bayi tidak memerlukan sebarang minuman lain seperti susu botol atau air. Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini akan mengelirukan bayi dan seterusnya menggagalkan penyusuan susu ibu.
  3. Dalam masa 6 minggu pertama adalah 'masa latihan' untuk ibu dan bayi. Anda harus tenang dan sabar semasa melakukan penyusuan kerana cara ini dapat menyelesaikan banyak masalah.
  4. Adalah menjadi suatu kebiasaan jika bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga merupakan suatu perkara biasa.

Berapa Lama Bayi Perlu Menyusu?

Penghasilan susu ibu yang secukupnya diperolehi dalam masa 6 minggu. Dengan ini ibu boleh meneruskan pemberian susu selama mana yang diingini. Para doktor mengesyorkan supaya bayi harus diberi susu ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Ramai juga ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Amalan begini sangatlah digalakkan kepada keluarga yang mempunyai banyak alahan.

Oleh kerana banyak susu akan terhasil selepas kelahiran, adalah tidak mustahil bagi ibu-ibu yang bekerja terus menyusui bayi mereka walaupun mereka bekerja sepenuh masa atau secara sambilan.

Pilih Tempat Bersalin

  • Pilih hospital "Baby-Friendly" untuk melahirkan bayi anda.
  • Ini adalah langkah pertama bagi penyusuan susu ibu.
  • Dapatkan nasihat daripada kumpulan sokongan Laktasi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
KEPILUAN HATI SELAMA KEHAMILAN DAN AWAL KEIBUAN

Semasa hamil dan awal keibuan, ada wanita yang melaporkan perasaan:
a) marah
b) tertekan
c) bersalah
d) bingung
e) waswas
f) kesal
g) pilu
h) khuatir

Beberapa wanita mengutarakan:
'Saya amat prihatin dengan semuanya.'
'Saya selalu ingin menangis …'
'Tak biasa memusatkan perhatian. Rasanya tak biasa berbuat apa-apa …'
'Kok berperasaan buruk padahal bayi saya ini cantik?'
'Saya bingung dan tak punya tenaga.'
'Saya cape … pake banget, tapi tak bisa tidur.'
'Minat orang hanya tertuju kepada bayi … bukan ke perasaan saya.'
'Saya tidak ingin ketemu orang.'

Apabila anda sering mengalami perasaan ini, barangkali anda menderita
kepiluan.
Kepiluan mengganggu kehidupan wanita dalam saat penting dan dapat berdampak ke bayinya, kakak-kakaknya dan hubungan suami isteri. Tingkat kepiluan bagi ayah juga menanjak pesat dalam tahun yang sesuai untuk kelahiran bayi.

Tanda dan gejala kepiluan ini antara lain:
• Kehabisan tenaga atau banyak bergerak.
• Tidak bisa tidur walaupun anda mempunyai kesempatan.
• Menangis tak tertahan dan mata terasa berlinang.
• Menyedari bahawa perasaan anda amat cepat berubah.
• Sangat peka terhadap bunyi dan sentuhan.
• Sentiasa berfikiran negatif.
• Tiba-tiba takut atau gugup.
• Tak biasa memusatkan perhatian.
• Lebih sering lupa.
• Rasa bingung dan bersalah.
• Kehilangan nafsu berahi atau kegemaran lainnya.
• Merasa kuatir dan sendiri tetapi tidak ingin bersama orang lain.
• Makan amat sedikit atau amat banyak.
• Merasa tak mampu menguasai.
• Asyik dengan fikiran yang menghantui dan mengerikan.
• Terlintas fikiran menyakiti diri atau bayi anda.
• Kehilangan kepercayaan dan harga diri.
• Tak mampu bersenang-senang.
Kemasygulan yang beruntun seiring dengan beberapa perasaan di atas selama
sedikitnya 2 minggu barangkali menunjukkan kepiluan klinis, dan memerlukan
penilaian dan pegobatan lebih lanjut.

Penyebab Kepiluan

Kepiluan bisa kapan pun terjadi dalam hidup manusia. Hal ini biasanya berkaitan dengan suatu kejadian besar yang perlu diatasi, dan biasa mencakupi:

Perihal Hubungan Keluarga:
• Perceraian.
• Kematian.
• Pindah rumah.
• Pernikahan.
• Anak atau anggota keluarga pindah rumah atau 'keluar rumah'.

Perihal Kesehatan:
• Terluka atau Jatuh Sakit.
• Saudara Dekat Jatuh Sakit.

Perihal Pekerjaan atau Keuangan:
• Berganti pekerjaan.
• Dipecat atau kehilangan pekerjaan.
• Suami mulai atau berhenti bekerja.
• Hutang atau kehilangan rumah.

Ada pula beberapa unsur kemungkinan utama yang dapat membuat wanita lebih
rentan terhadap kepiluan sebelum maupun sesudah kelahiran. Ini termasuk:

• Riwayat kepiluan sanak saudara.
• Pernah kena kepiluan sebelumnya.
• Hubungan buruk dengan suami atau tak bersuami.
• Kurang dukungan yang terasa dari orang yang dekat.
• Masa kanak-kanak yang sulit atau tak bahagia.
• Kerumitan lahir bagi si ibu atau bayinya.
• Kelahiran dini atau lambat, maupun kelahiran kembar.
• Perasaan negatip kepada si bayi atau ikatan dengannya terbatas.
• Kesehatan bayinya bermasalah.
• Bukan bayi yang diharapkan (rupa, kelamin).
• Ibu terpisah dari bayinya.
• 'Bayi sulit' (perangai, kebiasaan tidur, ulah bila disusui).
• Desakan sosial ekonomi.
• Kehamilan tak berencana.
• Pernah mengalami pelecehan seksual atau digagahi.

Penyebab kepiluan yang tepat sebelum dan sesudah kelahiran kurang begitu
diketahui. Masing-masing wanita mempunyai unsur kemungkinan yang berlainan, tapi gabungan di antara pelbagai tekanan hidup dengan unsur badaniah, hormon dan sosial dapat memicu kepiluan. Kepiluan setelah kelahiran bayi jangan dicampuradukkan dengan ‘kesedihan bersalin’. Hingga 80% wanita kena ‘kesedihan’ yang cenderung memuncak pada hari ke-3 s/d ke-5 seusai bersalin dan disebabkan oleh perubahan hormon saat bersalin. Si ibu sering merasa berlinang dan kewalahan beberapa hari. Perlu disedari bahawa kepiluan ini biasa diubati dan anda kembali sembuh jika diberi pengubatan sepatutnya misalnya ubat dan nasihat, dukungan dari saudara dan teman serta memerlukan waktu.

Aneka Pengubatan
Tersedia banyak pilihan bagi wanita yang kepiluan. Sebagai langkah pertama
kami sarankan untuk bilang kepada doktor, bidan, perawat Puskes Anak Keluarga, doktor kandungan atau pejabat kesihatan lainnya bahawa anda merasakan hal itu. Ada kalanya, mengaku dan menyatakan perasaan sudah memberi peluang untuk meyakinkan dan mendukung anda mencari bantuan yang diperlukan.

• Penasihatan pribadi
Penasihat mendengarkan masalah anda tanpa “mengadili” serta memberi
dukungan guna membantu Anda melewatinya.

• Pengubatan psikologis
Ini bertujuan memberi dukungan dan mengajarkan kiat untuk menangani
gejala sambil membahas penyebab di sebalik semua itu yang memperparah
kerentanan anda terhadap masalah.

• Penasihatan suami-isteri
Hubungan suami-isteri berubah selama kehamilan mahupun awal keibuan.
Kesulitan bercakap-cakap pun makin nyata. Penasihatan dapat membantu
suami-isteri bekerjasama dengan baik serta menyesuaikan diri dengan
perubahan yang dialami sebelum dan sesudah kelahiran.

MENYAMBUT KELAHIRAN DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU


Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

Friday, March 2, 2007

Marilah cuba mengkaji adakah anda faham tentang kelahiran bayi???

1. Proses berikut yang manakah menunjukkan susunan tahap kelahiran bayi yang betul?

A. pengecutan, pengangkutan, mengeluarkan plasenta
B. mengeluarkan plasenta, pengecutan, pengangkutan
C. mengeluarkan plasenta, pengangkutan, pengecutan
D. pengecutan, mengeluarkan plasenta, pengangkutan

2. Tempoh kehamilan sampai ke kelahiran bayi yang normal adalah

A. 9 bulan
B. 7 bulan
C. 12 bulan
D. 10 bulan

3. Bagaimanakah menentukan adakah bayi yang baru dilahirkan adalah sihat atau tidak?

ı. kepala bayi yang baru terlahir berbentuk lonjong
ıı. Kulit bayi yang berkerut-kerut
ııı. Kulit yang berwarna kemarah-marahan
ıν. Rambut yang tebal

A. ı., ı ı., ı ı ı
B. ı., ı ı
C. ı ı., ı ı ı., ıν
D. ı., ı ı., ı ı ı., ıν

4. Orang yang membantu dalam proses kelahiran adalah dikenali sebagai

A. second wife
B. midwive
C. midhusband
D. secondhelpers

5. Dalam masyarakat Cina, kelahiran didahului oleh

A. kematian
B. kesusahan
C. keseronokkan
D. kehamilan


6. Kehamilan dalam pengetahuan golongan Cina terdapat berapa faktor yang utama?

A. 2
B. 5
C. 3


7. Bentuk kepala bayi adalah jenis?
A. Lonjong B. Bulat

8. Sila nyatakan tempoh kelahiran seseorang wanita semasa melahirkan anak sulung?
A. 12 B. 13 C.14 D.15

9. Dalam kelahiran semulajadi terdapat 3 pringkat.Pada peringkat bawah yang mana satu
bukan jawapan sebenar?
A. Pengecutan B.Penyaluran C. Pengangkutan D. plasental

10. Terdapat 3 faktor utama yang saling berkaitan dalam proses kelahiran, yang mana
satu bukan faktornya?
A. sel telur mata B. sperma dating C. kesedaran penerus D.prenatal.

11. Ubat analgesia digunakan untuk fungsi apa semasa kehamilan pengandung?
A. meredakan sakit B. menghentikan sakit C. menghentikan darah

12. Jangkaan masa bagi tempoh postpartrum selepas bayi dilahirkan, adalah
A. 8 minggu B. 6 minggu C. 9 minggu

13. Kaedah apa yang diperkenalkan mengurangkan kesakitan ibu dan ketakutan ibu
melalui pendidikan?
A. Kelahiran Norma B.prepared childbirth

14. Jika ibu terus menyusukan bayi, adakah ibu itu akan mendatangkan haid?
A. ya B. tidak

15. Adakah bapa juga akan mendapat postpartum?
A. ya B. tidak

16. Otak bayi terdiri daripada 100 bilion sel saraf atau neuron.Adakan penyata ini benar?
A. ya B. tidak

17. Setujukah anda bahawa penemanan kawan di sisi ibu akan membantu dalam kelahiran anak?
A. ya B. tidak

18.berikut yang manakah terkandung dalam faktor kehamilan bagi golongan cina?

i. Sperma dating
ii.Ovum dating
iii.Sel telur matang
iv.Kesedaran menerus

A.i,ii B.ii,iii,iv C.i,iii,iv D.semua di atas

19. Pada tahap kelahiran ketiga iaitu plasenta, plasenta boleh ditarik keluar daripada badan ibu oleh sesiapa sahaja.

A.betul B. salah

20. Dalam proses kelahiran, ibu secara normalnya akan kehilangan darah sebanyak

A.200ml B.500ml C.300ml D.550ml

21. Pada masa yang lalu, kebanyakkan wanita yang mati kerana jangkitan deman meroyan
selepas melahirkan bayi kerana perubatan yang kurang mahir.

A. betul B.salah

22)Sila jelaskan proses dalam kelahiran bayi?

23)apakah yang anda faham tentang keadaan kerumitan semasa kelahiran?

24)apakah pandangan anda terhadap kelahiran bayi, dalam pandangan anda, siapakah yang memainkan peranan paling penting selepas seseorang wanita melahirkan anak dan kenapa?

JAWAPAN:

1 a

2 d

3 d

4 b

5 d

6 c

7 a

8 b

9 b

10 d

11 a

12 b

13 a

14 b

15 b

16 a

17 b

18 c

19 b

20 b

21 a


22 Proses kelahiran terbahagi kepada tiga tahap iaitu pengecutan uterus, pengangkutan dan plasenta.

23 Masalah-masalah bahawa berlaku semasa kelahiran telah dipanggil kerumitan-kerumitan. Mereka boleh menjejaskan ibu atau bayi. Kadangkala menyebabkan kecederaan atau kematian. Para doktorlah terlatih untuk menangani dengan masalah-masalah ini.

Tuesday, February 13, 2007

Bagaimana Menentukan Bayi Yang Sihat?




Bayi yang baru saja lahir biasanya tidak nampak seperti bayi-bayi yang sering Anda lihat di iklan-iklan popok.





Biasanya kepala bayi yang baru dilahir berbentuk lonjong, bukannya bulat. Kulitnya juga mungkin berkerut-kerut dan berwarna kemerah-merahan. Semua kondisi ini adalah bukan sesuatu yang harus dibimbangkan.Di bahagian tengah kepala bayi yang baru lahir biasanya ada satu bahagian yang disebut "Soft Spot" atau daerah lunak dimana tulang tengkoraknya belum bersatu dengan sempurna. Justeru keadaan ini sangat menguntungkan agar kepala si bayi fleksibel selama proses melahirkan.Tulang tengkorak bayi baru akan tumbuh seiring dengan pertumbuhan si bayi sehingga daerah lunak tersebut tertutup. Selain itu, salah satu fungsi daerah lunak ini adalah membantu otak bayi bertumbuh dengan baik. Kemungkinan bayi baru juga memiliki bercak merah gelap di sekitar matanya. Kadangkala bercak ini juga biasa Anda menemui di batang hidungnya dan di belakang lehernya. Sampai saat ini belum ada manusia yang tahu apa penyebabnya. Tapi biasanya bercak ini akan hilang dalam 1 tahun selepas bayi dilahirkan. Sebahagian bayi dilahir dengan tiada rambut iaitu botak, sebahagian lagi memilki rambut tipis dan yang lainnya tdilahir dengan rambut yang tebal dan hitam. Untuk sebahagian bayi, rambut bawaan lahir ini akan hilang atau rontok begitu saja dan sebahagian bayi lainnya mengalami perubahan warna rambut. Warna mata bayi baru juga biasa berubah setelah lahir! Kalau Anda ingin memastikan warna mata bayi itu, Anda harusla menunggu dengan sabar sehingga ia berusia tahun 1. Setelah ini biasanya tidak akan ada perubahan lagi.Tali umbilikal yang tergantung di pusar bayi biasanya akan copot dalam waktu 5-10 hari. Kadangkala terdapat bayi perempuan yang akan mengalami pendarahan di kemaluanya. Terkadang juga bayi samada bayilelaki atau perempuan, lahir dengan buah dada yang agak besar atau menggembung. Bahkan ada yang sampai bisa mengeluarkan air susu, padahal mereka baru saja lahir!Hal ini disebabkan oleh hormon sang ibu. Kondisi ini tidak membahayakan kok dan akan segera hilang... tenang saja!

teman dan sokongan yang lain


Di sini, keterangan bertambah untuk menunjukkan bahawa penyertaan wanita itu rakan kongsi dalam kelahiran membawa kesan yang lebih baik kepada kelahiran dan juga hasil-hasil rawatan kelahiran, menyediakan perkhidmatan kepada pasangan yang tidak mempamerkan kebimbangan berlebihan. Penyelidikan juga ditunjukkan yang satu wanita yang berusaha telah disokong oleh seorang pembantu wanita seperti sekelamin anggota atau doula sepanjang buruh, dia mendapat kekurangan keperluan untuk kimia lega ngeri, kemungkinan pembedahan seksyen telah dikurangkan, menggunakan sepit dan penghantaran-penghantaran penting yang lain telah dikurangkan dan terdapat satu penurunan di sepanjang buruh dan bayi itu mempunyai satu Apgar yang lebih tinggi berjaya (Dellman 2004, Vernon 2006). Ia adalah sejarah rumah tradisional melahirkan bahawa Belanda sebuah tapak yang menarik untuk kajian-kajian bertaut kelahiran. Satu pertiga daripada semua bayi, penghantaran-penghantaran ada juga berlaku di rumah dan berbeza dengan negara-negara perindustrian barat yang lain. Nampaknya, bapa-bapa Dutch telah berada dalam tempat kejadian melahirkan anak pada waktu yang lama sebagai boleh diperhatikan dalam lukisan-lukisan dari berabad-abad ke-17 dan ke-18. Sepanjang kajian ini, ia dijumpai bahawa bapa-bapa itu boleh memiliki tugas-tugas kelahiran yang berbeza dan yang sedikit dikatakan tentang konflik-konflik antara rakan atau rakan dan profesional. Di kalangan penemuan lain ada juga: tafsiran kehadiran bapa-bapa kelahiran sebagai satu versi terkini couvade ritual antropologi untuk meredakan kesakitan ibu; majoriti daripada bapa-bapa tidak melihat apa-apa batasan untuk menyertai dalam kelahiran bayi mereka dan generasi-generasi atas tidak memainkan satu petua penting dalam pemindahan ilmu mengenai kelahiran untuk bapa-bapa itu tetapi isteri-isteri, perkenalan feminin dan bidan-bidan. Penyelidikan berdasarkan, terutamanya, di mana bapa-bapa digambarkan adalah apa berlaku dari rakan kongsi mereka , iaitu isyarat-isyarat pertama kelahiran melahirkan sehingga uri penghantaran.