Wednesday, January 31, 2007


Kelahiran ialah proses anak dilahirkan daripada uterus ibu anak itu. Anak yang belum dilahirkan disebut fetus setelah masa embrio. Kelahiran bayi adalah bermula daripada percantuman gamet jantan iaitu sperma dan gamet betina iaitu ovum. Percantuman sprema dan ovum berlaku di dalam salur fallopio. Zigot akan terbentuk dan menjadi embrio dan seterusnya fetus.


Dalam masyarakat cina, proses kelahiran didahului oleh kehamilan. Kehamilan ini adanya 3 faktor utama yang saling berkaitan iaitu sel telur matang, sperma dating dan adanya kesedaran penerus. Sel telur matang biasa disebut sebagai kondisi subur. Sperma dating bererti terjadi pembuahan secara alamiah mahupun buatan. Sedangkan kesedaran penerus ialah kesedaran yang berasal dari makhluk lain yang meninggal pada saat itu serta mempunyai kesesuaian ikatan karma terhadap calon ayah dan ibu. Ia menggabungkan 3 unsur ini terjadilah kehamilan. setelah usia kandungan mencukupi, bayi dilahir ke dunia. Dengan demikian, sejak masa pembuahan sampai pembentukan janin dalam kandungan mahupun kelahiran adalah satu rangkaian proses sebab dan akibat yang berkesinambungan.

Manakala, bagi masyarakat melayu, mereka mempunyai pandangan yang berlainan, iaitu terdapat banyak peraturan adat yang telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat melayu dalam kehidupan mereka. Proses kehidupan pertama dalam adat melayu ialah kelahiran, yakni detik seseorang bergelar manusia. Detik menunggu kelahiran seorang bayi sangat mencemaskan seisi keluarga lebih-lebih lagi wanita yang akan melahirkan anak itu. Justeru, dalam masyarakat Melayu, wanita yang akan menerima cahaya mata akan melalui pelbagai proses adat yang sudah menjadi amalan sejak zaman-berzaman lagi. xoq8;q'.I Amalan adat ini adalah satu proses jasmani dan rohani yang perlu dilalui oleh wanita-wanita yang akan menempuh hari kelahiran anak mereka. Amalan adat tersebut adalah seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat menanam uri, adat bercukur rambut bayi, adat berendoi, dan adat dalam pantang. Kesemua adat tersebut adalah tahap-tahap peraturan yang perlu dilalui oleh wanita Melayu yang akan bergelar seorang ibu. Pada zaman silam, jika seseorang wanita Melayu yang akan melahirkan anak tidak melalui proses adat, dianggap melanggar adat istiadat nenek moyang mereka. Ini bererti, seseorang wanita yang membelakangi adat dianggap sebagai mencelakan masyarakat dan keluarga.


  1. w

1 comment:

Jamiah Hj. Manap said...

Adakah adat-adat ini masih lagi diamalkan?