Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.
• Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda. Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.
• Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir
Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.
• Pancutan atau lelehan dari rahim
Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.
Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.
Di Hospital
Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.
Orang yang memberikan sokongan
Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
Peringatan kepada bapa
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda.
Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.

No comments:
Post a Comment